Disclaimer Navigate Here Message
My Past
Credits Section
Skin By LetthaKyra
Background APKEdited by Tengku Rizwan Best view in Google Chrome only.
| TABIAT BURUK :))
Tuesday, April 26, 2011 | 10:07 PM | 0 tweet
Kenali perangai jengkel, cari jalan atasi krisis dalam hubungan Seperti lazimnya, dalam soal tabiat buruk ini, golongan yang selalu dianggap mempunyai banyak perangai atau tabiat buruk serta sukar dibendung tabiat selalunya lelaki. Ini mungkin kerana lelaki tidak berselindung dalam mempamer sikap atau tabiat sebenar mereka berbanding wanita. Situasi ini turut dipengaruhi perbezaan psikologi antara lelaki dan juga wanita. Maka, kedua-dua gender ini melihat atau menilai sesuatu perkara dari sudut berbeza. Disebabkan itulah wanita muda berasa jengkel terhadap perbuatan atau sikap lelaki yang mengikut perspektif lelaki, ia adalah perkara biasa. Tabiat buruk boleh disifatkan sebagai suatu kelemahan dalam diri manusia. Kelemahan seperti ini, jika tidak dikawal, boleh menyebabkan seseorang kehilangan kredibiliti. Sikap buruk yang akhirnya menjadi tabiat adalah berpunca daripada kurangnya disiplin dalam kehidupan. Wanita selalu tidak puas hati dengan sikap sambil lewa dan acuh tak acuh lelaki. Ini kerana wanita secara lumrahnya, lebih terurus berbanding lelaki. Oleh itu, wanita sering membangkitkan soal tabiat buruk pasangan hingga berlarutan menjadi perbalahan. Namun, huraian psikologi itu bukanlah alasan bagi lelaki untuk terus bergelumang dengan tabiat buruk mereka. Ini kerana, sebelum ia melarat dan mencetus lebih banyak lagi masalah dalam hubungan pasangan. Tabiat buruk wajar dikikis supaya apa saja konflik yang boleh berpunca daripadanya, mampu dielak. Sehubungan itu, ketahui apakah tabiat buruk dan remeh lelaki yang tidak disukai wanita. Namun, realitinya ia tidak disedari lelaki dan ketahui bagaimana caranya hendak membuang tabiat buruk itu. INFO: Lapan tabiat buruk lelaki
Tip atasi tabiat buruk Ketahui masalah anda Jika anda sedari anda sering berdepan kesulitan dalam urusan seharian dan orang di sekeliling semakin menjauhkan diri, nampaknya anda perlu mengesan apakah puncanya. Barangkali semua itu disebabkan tabiat buruk anda itu? Tanyakan kepada pasangan atau rakan yang dipercayai, apakah sikap atau tabiat buruk anda yang mereka tidak berkenan dan cuba ubah sedikit demi sedikit. Berdisiplin Tabiat buruk dapat diubah sekiranya anda berdisiplin dan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam. Sekiranya anda tidak bersungguh-sungguh untuk membetulkan tabiat buruk anda itu, tidak mustahil ia akan kekal dengan diri anda selama-lamanya. Kawal keinginan dan dorongan untuk melakukan tabiat buruk itu. Jaga pergaulan Elak daripada bergaul dengan individu yang mempunyai tabiat buruk yang sama dengan anda. Selain itu, elak daripada berkawan dengan individu yang boleh memberi pengaruh negatif kepada anda. Sebaliknya, berdampinglah dengan individu yang memberi pengaruh positif. Beri ganjaran Tanamkan azam untuk mengubah tabiat buruk anda itu dan tetapkan apa-apa ganjaran apabila anda berjaya menyingkirkannya. Ganjaran ini secara tidak langsung dapat memotivasikan diri anda untuk lebih berdisiplin dalam ‘merawat’ tabiat buruk anda itu. Selamat mencuba! |