Disclaimer Navigate Here Message
My Past
Credits Section
Skin By LetthaKyra
Background APKEdited by Tengku Rizwan Best view in Google Chrome only.
| Renungan Bersama : )
Thursday, April 26, 2012 | 1:29 AM | 0 tweet
Pengertian Melancap atau Onani
Masturbate
atau dalam Bhs Malaysia = Melancap atau Onani (Bhs. Arab = Istimna) ialah
suatu perbuatan mengeluarkan sperma dengan tangan sendiri dengan tujuan mencapai
kepuasan seks secara bersendirian, tanpa pasangan. Persolan ini dirasakan amat
patut dibincangkan hukumnya memandangkan ia adalah satu perkara yang sering
timbul dibenak fikiran apabila seseorang itu bermusafir jauh dari pasangan
hidupnya sehingga menyebabkan dia mencari sesuatu alternatif lain bagi mencari
kepuasan seks dirinya. Dalam perbincangan ini perkataan onani digunakan mewakili
masturbasi sebagai bahasa yang tepat mengikut Kamus Dewan.
Onani adalah suatu perbuatan yang
dipandang sebagi dosa besar di sisi Islam, demikian menurut majoriti para
fuqaha. Imam as-Shafie dan Imam Malik, apabila ditanya mengenai hukum onani,
mereka mengharamkan perbuatan sedemikian berdasarkan firman Allah Azza
waJalla dalam al-Qur'an: Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam
hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya
mereka tidaklah tercela. Maka barangsiapa yang mengingini selain yang demikian,
maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas.[Maksud surah
al-Mu'minun 23 - 5,6,7]
Ayat di atas menerangkan bahawa
seseorang yang menjaga kehormatan diri hanya akan memperlakukan hubungan seksual
bersama isteri-isterinya atau hamba-hambanya yang sudah dinikahi. Hubungan
seksual seperti ini adalah suatu perbuatan yang baik, tidak tercela di sisi
agama. Akan tetapi jikalau seseorang itu cuba mencari kepuasan seksual dengan
cara-cara selain bersama pasangannya yang sah, seperti zina, pelacuran, onani
atau persetubuhan dengan haiwan, maka itu dipandang sebagai sesuatu yang
melampaui batas, salah lagi berdosa besar di sisi Islam. Demikian ringkas
penerangan Imam as-Shafie dan Imam Malik apabila mereka ditanya mengenai hukum
onani.
Kenyataan di atas disokongi oleh
riwayat berikut: Di Hari Akhirat Tuhan tidak akan melihat golongan-golongan
ini lantas terus berfirman: Masuklah kalian ke dalam api neraka bersama-sama
mereka yang (berhak) memasukinya. Golongan-golongan tersebut ialah [1]
Orang-orang homoseksual, [2] orang yang bersetubuh dengan haiwan, [3]
orang yang mengahwini isteri dan juga anak perempuannya pada waktu yang sama
dan [4] orang yang kerap melakukan onani, kecuali jikalau mereka semua
bertaubat dan memperbetulkan diri sendiri (maka tidak lagi akan dihukum).
Lebih dari itu onani juga hanya
berupaya memberikan kepuasan sementara kepada pembuatnya dan ia tidak lain hanya
akan menambahkan lagi dorongan untuk melakukan hubungan seksual yang lebih
sempurna. Ini adalah kerana manusia telah dicipta oleh Allah Azza waJalla untuk
memuaskan kehendak seksual masing-masing dengan pasangan masing-masing dan
apabila manusia cuba mencari alternatif lain ia hanya akan menaikkan semangat,
tidak pula memuaskannya. Justeru itu onani tidak akan berjaya memuaskan nafsu
seksual tetapi hanya akan melahirkan nafsu yang lebih kuat dan mengarah kepada
perbuatan yang lebih buruk mudaratnya seperti zina, pelacuran dan sebagainya.
Shah Waliallah Dahlawi menerangkan:
Ketika air mani memancut dengan banyak, ia juga mempengaruhi fikiran manusia.
Oleh itu orang muda akan mula menaruh perhatian terhadap wanita cantik dan hati
mereka mula terpaut kepadanya. Faktor ini juga mempengaruhi alat jantinanya yang
sering meminta disetubuhi menyebabkan desakan lebih menekan jiwa dan keinginan
untuk melegakan syahwatnya menjadi kenyataan dengan berbagai-bagai aktiviti.
Dalam hal ini seorang bujang akan terdorong untuk melakukan zina. Dengan
perbuatan tersebut moralnya mulai rosak dan akhirnya dia akan tercebur kepada
perbuatan-perbuatan yang lebih merosak.
Keterangan di atas dapat diumpamakan
kepada seseorang yang selalu mengkhayal dirinya memandu kereta Ferari. Lalu di
satu hari dia memperoleh peluang untuk memandunya tetapi dihadkan kepada
kelajuan maksimum 80 kmsj. Sudah tentu ini hanya memberikan kepuasan sementara
lalu menjadi pemankin pula untuk berkehendak memandu kereta tersebut selaju 200
kmsj atau lebih.
Melakukan onani secara kerap juga
banyak membawa mudarat kepada kesihatan dan seseorang yang melazimkan diri
dengan onani akan menghadapi kesan-kesan kelemahan badan, anggota yang
terketar-ketar atau terkaku, penglihatan yang kabur, perasaan berdebar-debar dan
kesugulan fikiran yang tidak menentu.Kajian perubatan juga membuktikan bahawa kekerapan melakukan onani akan memberi
kesan negatif kepada kebolehan seseorang itu menghasilkan sprema sihat dan cukup
bilangan dalam jangka masa panjang. Ini akan menghalang kebolehan seseorang itu
menghasilkan zuriat-zuriat bersama pasangan hidupnya malah lebih dari itu,
menghadapi ketergendalaan seksual dalam umur yang masih muda (mati pucuk).
Melazimkan diri dengan onani juga menjauhkan hakikat seseorang itu daripada
tujuan ciptaannya, iaitu sebagai sebaik-baik ciptaan Allah Subhanahu waTa'ala,
sebaik-baik makhluk bumi dan sebagai sebaik-baik umat, iaitu umat Islam. Ia
menjauhi nilai-nilai moral serta akhlak tinggi yang menjadi unsur utama kemulian
umat Islam berbanding dengan yang lain-lain.
Walaubagaimanapun sesetengah ahli fiqh
berpendapat bahawa onani dibolehkan jikalau seseorang itu menghadapi suasana
kegentingan syahwat dan dia berkeyakinan bahawa onani dapat meredakan
syahwatnya dan dapat pula menghalang dirinya daripada terjerumus ke dalam
sesuatu yang lebih besar mudaratnya seperti zina atau pelacuran. Kebolehan ini
bukanlah bertujuan menghalalkan perbuatan onani tetapi ia adalah didasarkan
kepada kaedah usul fiqh yang menyatakan: Dibolehkan melakukan bahaya yang
lebih ringan supaya dapat dihindari bahaya yang lebih berat. Di sini perlu
diwarnakan bahawa onani yang dibolehkan dari prinsip di atas hanyalah dalam
suasana yang amat menekan, berbeza pula dengan onani yang dilakukan setiap hari
atau setiap masa yang terlahir dari perbuatan melihat video-video,
majalah-majalah atau angan-angan lucah. Yang pertama dibolehkan atas dasar
pertimbangan maslahat agama manakala yang kedua diharamkan atas dasar
pertentangan dengan perintah dan nilai-nilai agama.
Tetapi sebelum seseorang itu dengan
mudah menceburkan dirinya dalam kebolehan melakukan onani dalam saat-saat
keperluan, dia seharusnya mencari alternatif-alternatif lain bagi mengelak
dirinya daripada langsung menghampiri perbuatan tersebut. Melazimkan diri dengan
berpuasa, atau dengan banyak berzikir mengingati Allah Ta'ala atau dengan
mensibukkan diri dengan perkara-perkara kebajikan adalah antara menu sajian yang
dicadangkan. Tidak ketinggalan juga ialah doa kepada Allah Subhanahu waTa'ala
agar dia terpelihara dari perlakuan atau lintasan hati yang mengarah kepada
sedemikian perbuatan, mengingatkan kepada kisah Nabi Yusuf alaihi-salam dalam
al-Qur'anul Karim di mana beliau walaupun selaku seorang Nabi Allah, tetap
memanjatkan doa kepada Allah Azza waJalla agar terpelihara dari godaan-godaan
serta fitnah wanita yang dihadapi di istana tempat kerjanya ketika itu. (Lihat
surah Yusuf 12, terutamanya pada ayat 32 dan 33). Sesiapa yang berusaha untuk
menjauhkan onani atas dasar taqwa dan iman kepada Allah Subhanahu waTa'ala,
nescaya Allah akan mencukupinya. Insya-Allah hidayahNya akan membimbing
seseorang itu menjauhi perbuatan onani dan pada waktu yang sama akan digantiNya
dengan anugerah kelazatan jiwa dan kepuasan batin yang tidak mungkin tercakup
penggambarannya melalui tulisan ini.
Dah baca habis ke? hehe . Thanks for reading :)
Haduhhh. Hujan pulak bila dengar wawan nak buat entry pasal ini. HAHA :D
Okayy. Tu sajer yang wawan dapat kongsi. HEE. Okay, wawan pegi dulu eh.
Selamat Beramal.
Wassalam
|